Bantu Kami Bantu Mereka
Tidak akan kurang harta dengan bersedekah
Riwayat Muslim : 2588
KELAB BANTU DIA




apa yang kami buat
01.
— Cari dan Derma
Kami mencari mana mana individu yang memerlukan pertolongan dan bantuan dan menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka
02.
— Bina Networks
Kami bekerjasama dengan pihak pihak yang ingin membantu menyalurkan sumbangan kepada keluarga atau individu yang memerlukan
03.
— Bina silaturahim
Selain dari dapat membantu, kami juga dapat membina silaturahim dengan lebih ramai lagi pnderma dan juga mereka yang memerlukan pertolongan
04.
— Memberi Kesedaran
Selain dari membantu dan menderma, kami juga sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan membuat simpanan di peringkat awal
05.
— Memberi Penjagaan
Ada antara mereka ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan. Kami sentiasa memantau dan membantu mereka agar dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban
06.
— Memberi Ilmu
Pihak kami juga ada berkolabrasi dengan beberapa agensi untuk memberi pendedahan tentang cara cara menambah pendapatan
JOM BANTU








- RM50 untuk semua set kecuali susu dan pampers anak
- RM100 untuk semua set
Anak saya masih menyusu dan berpanpers. Anak saya yang pertama OKU kategori pelbagai berumur 8 tahun dan masih menyusu serta memakai pampers. Anak saya yang ke-2 berumur 2 tahun lebih, masih menyusu dan menggunakan pampers. saya tiada bantuan dari mana mana kerajaan kerana saya bukan warganegara. Saya pemastautin tetap. Saya ada cuba mohon bantuan daripada kerajaan. Mana tahu ada rezeki saya di sini.. Terima Kasih
Saya seorang surirumah sepenuh masa. Hanya suami yang bekerja secara partime di kantin. Kalau bekerja, adalah gaji, jika tidak bekerja maka tiadalah gaji. Kami ada dua orang anak yang masih menyusu. Sejak PKP suami diberhentikan kerja tanpa gaji dan kami sudah kehabisan bekalan makanan dan keperluan anak anak saya. Saya sudah banyak kali cuba untuk meminta bantuan dari FB viral. Tapi semua kena tunggu dan kami menunggu sampai sekarang. Saya berharap sangat ada rezeki untuk anak anak saya di sini.


